JUStice Station.
May 07, 2008
Selak

Buku yang mengandungi 90 peratus gambar asli diambil oleh jurugambar-jurugambar professional dan amatur. Ribuan gambar dikumpul, disusun rapi dan dipilih agar dipersembahkan dalam satu buku.
Buku ini mengandungi empat bahagian di mana keseluruhannya menceritakan sejarah perjuangan BERSIH sejak ditubuhkan. Namun, focus SELAK ialah apabila kemuncak aktiviti BERSIH pada 10 November di mana ribuan rakyat turun ke ibu Negara bersama-sama menyatakan keteidakpuasan hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dengan berarak beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada DYMM Agong di Istana Negara.
Nama SELAK digunapakai sebagai judul kerana sifatnya yang lebih santai sungguhpun isinya berat. Buku ini ditulis dalam dwi-bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) kerana permintaan yang banyak dari kalangan komuniti antarabangsa yang ingin tahu mengenai perkembangan sejarah Malaysia daripada sumber ‘sebenar’.
Buku ini boleh diperolehi daripada pejabat sekretariat BERSIH atau beli secara online melalui http://tokobuku.fotopages.com
"We bring to the people a visual presentation of facts with an
alternative view point rather than to bombard people with lengthy texts," said
Bersih coordinator Faisal Mustaffa.
"We want the people to see the truth and judge for
themselves whether it is the truth because pictures speak a thousand words," he
said.
perlancaran buku ini telah dilancarkan oleh Haris Ibrahim di Annexe, Central Market pada 3 mei 2008 yg lalu. aku dijemput ke majlis perlancaran tetapi kesihatan yg tidak mengizinkan untuk meraikan bersama hasil kerja saudara faisal. aku akan promokan buku ini dan mendoakan ianya terjual melebihi 100,000 naskah utk disamakan dengan jumlah kehadiran pada perhimpunan bersih yg lalu...AMIN..
posted by JusticeGUY at 12:13:00 AM


0 Comments:
Post a Comment
<< Home