JUStice Station.

May 31, 2008

Kemasukan Ezam Dalam UMNO

GAMBAR EHSAN KLpost


Desas-desus kemasukan sdr ezam kedalam parti UMNO terlah terjawab dengan majlis ringkas penyerahan borang keahlian seumur hidup parti UMNO antara sdr ezam dan Perdana Menteri. Majlis yg berlaku di parlimen pada 28hb lalu. Rakyat malaysia keseluruhan maklum isu ini apabila semua media menjadikan isu ini sebagai berita utama bagi semua rangkaian berita tv dan media cetak. Tidak ketinggalan dalam arena dunia cyber. Berita ini hangat diperbincangkan. Tidak dinafikan, sdr ezam adalah salah seorang pejuang keadilan yg menjadi role- model dan panduan untuk aku turut berjuang menegakkan keadilan. Semangat yg pernah ditonjolkan menjadikan aku seperti sekarang. Aku didedahkan dengan idealisma beliau yg disampaikan dalam setiap ceramah beliau. Pergorbanan dan hasil usaha beliau bersama-sama pejuang yg lain, maka lahir PARTI keADILan Nasional sebelum ditukar kepada PARTI keADILan Rakyat. Perhimpuan 100.000 rakyat di jalan kebun, pertempuran dengan FRU, masuk keluar lokap, 2 tahun ditahan dibawah ISA, terlibat secara langsung dalam pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan banyak lagi adalah cebisan perjuangan dan sumbangan yang pernah dari insan yang bernama sdr ezam.

Siapa yang sanggup berjuang seperti beliau demi menegakkan panji2 keadilan?
Aku tidak mengenali beliau secara direct cuma banyak mendengar kisah-kisah anwar dari teman-teman yg memang rapat dengan sdr ezam dan boleh dipercayai. Aku yakin dan percaya segala apa yg berlaku ada baik dan buruk. Dan disebalik perkara yg berlaku pasti ada "hikmah" yg perlu kita hayati. Tetapi apa yg mengecewakan aku apabila ada suara2 yg mengutuk tindakan sdr ezam. Sanggup mengelar beliau sebagai pengkhianat PKR. Bukankah sdr ezam telah lama keluar dari parti? Siapa orang-orang ini bagai seorang hakim yg terus menjatuhkan hukuman tanpa sebarang perbicaraan. Siapa kita untuk mempertikaikan tindakan sdr ezam. Adakah perjuangan kita setanding dengan perjuagan beliau? Sejak kecil aku dididik sebelum kita menunjuk kesalahan orang lain, cermin dahulu kesalahan sendiri. Bagi aku keputusan sdr ezam adalah hak peribadi beliau. Dunia politik adalah agak rumit untuk dikupas. Selamat maju jaya aku ucapkan kepada sdr ezam. Perjuangan menentang rasuah dan segala ketidakadilan yg sdr ezam tekankan akan tetap aku sokong.
Kata-kata beliau “KEPEDULIAN TERHADAP RAKYAT” yg pernah dilontarkan dan akan tetap menjadi semangat untuk aku terus berjuang menuntut keadilan dan menumbangkan kezaliman. Perjuangan perlu diteruskan walau apa jua yang berlaku. Perjuangan dalam konteks keadilan untuk semua rakyat salah satu perinsip dalam hidup aku dan bukan budaya ikut-ikutan.
posted by JusticeGUY at 2:27:00 AM 0 comments

filem: Sepi


posted by JusticeGUY at 2:14:00 AM 0 comments

May 20, 2008

FILEM : Apa Kata Hati


posted by JusticeGUY at 4:03:00 PM 0 comments

selamat datang...


pada 7 mei 2008 yg lalu..Jam 8 mlm, NUR NAFLAH selamat dilahirkan di hospital kajang. baby gurl ini adalah anak kepada kak long dan abg long aku..menurut cerita abg long, semasa pemeriksaan bulanan, dan setelah di'scan' doktor memberitahu mereka akan dapat baby boy. tetapi ALLAH yg menentukan, mereka dapat baby gurl. alhamdullilah baby selamat, itu yg paling penting. tahniah aku ucapkan kepada mereka dengan kelahiran baby gurl ini.. aku sebagai pak cik mengalu2kan kehadiran NAFLAH dalam keluarga kami.. selama 2 bulan kak long aku berpantang di rumah. yg pasti gembira adalah ibu dan ayah aku kerna mereka sekarang telah bergelar datuk dan nenek.. mereka telalu gembira sehinggakan ibuku tidak menang tangan utk melayan naflah. ayahku pula akan balik awal dari tempat kerja utk melihat NAFLAH. aku tumpang gembira.. aku doakan NUR NAFLAH sihat dan bakal menjadi org yg berguna satu hari nanti.. AMIN...
posted by JusticeGUY at 12:21:00 AM 0 comments