JUStice Station.

April 24, 2008

Pameran Seni

Pameran seni 'BUKAK MATA' di Ruang Kala, Studio Dikala Jingga

Sempena Pra Pembukaan ruang pameran baru, kumpulan seni Studio Dikala Jingga telah menjemput sekumpulan artis untuk sama-sama menyumbangkan karya-karya mereka untuk dipamerkan dalam pameran yang dinamakan "Buka Mata". Pameran ini cuba mengenengahkan gabungan seniman dari generasi lama dan baru, berbeza disiplin karya, dan latar institusi. "Bukak Mata" secara literalnya boleh saja difaham sebagai melihat atau menikmati karya yang ada ;komposisi warna, bentuk dan rupa yang 'mempersona' mata. Di sisi lain, "Bukak Mata" juga, mahu memberi tahu kewujudan satu ruang baru yang sedia untuk di 'Pakai' dan diberi perhatian dalam proses pen'Demokrasi'an dan Pencerahan seni dan seniman, (khususnya seni tampak); atau baca tegasnya, "Bukak Mata" adalah perkhabaran tentang gerak secara independent dan survival para seniman selama ini, tidak harus lagi dipandang sepi setelah berlaku 'Perubahan Angin' pemerintahan; sekurang-kurangnya untuk lima tahun mendatang. Dalam pada itu, semangat dan kekuatan survival seniman harus dikekalkan untuk melihat Perubahan yang lebih nyata..




Tarikh :27hb April 2008 (pembukaan) - 27hb May 2008
Jam : 8.30 malam (pembukaan)
Tempat : Studio Dikala Jingga
No. 40b Jalan Kota Raja 27/M,
Hicom Town Centre,
40400, Shah Alam, Selangor
posted by JusticeGUY at 12:08:00 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home