JUStice Station.

January 07, 2008

Justice: B'day Sis Reza

salamZz tahun baru pada semua pengunjung...

pembukaan tahun baru nie, aku telah menghadirkan diri di party birthday Sis Reza pada 4 january 2008.. agenda makan2 telah berlangsung di Restoran Rasa Sayang, di jln yap kwan seng, Kuala Lumpur... aku tiba agak lewat dari masa yg ditetapkan disebbkan sedikit kesulitan lalu lintas.. ramai jugak teman2 Sis Reza yg hadir termasuk miss x, zue, zahar, yatie, suh, sweet jaan, wanie, ira dan panji. acara telah diteruskan ke tempat karaoke utk menghiburkan birthday gurl.. memang telah disengajakan, terjahan kek tepat jam 12 t/malam 5 january(tarikh lahir Sis Reza).. acara mendendangkan lagu berlangsung sehingga jam 1 pagi.. selepas itu, semua bersurai..

happy Birthday Sis Reza...



Sis Reza & Kek

antara teman2 yg memeriahkan majlis

posted by JusticeGUY at 12:38:00 AM 0 comments

January 02, 2008

Semalam @ FERINGGI

NEW YEAR!!!?....
Setiap tahun seluruh dunia akan menyambut tahun baru… rasa baru semalam jerrr kita menyambut awal tahun 2007.. tup..tup.. dah nak masuk tahun 2008.. selamat tinggal 2007 dan selamat datang kepada 2008… soalan yg bosan utk dijawab adalah APA AZAM TAHUN BARU? Itu jer laa soalan yg akan muncul setiap tahun baru… tapi apa yg paling penting dan harus kita ingat.. umur kita akan bertambah dan apakah bekalan ke alam fana pada tahap yg memuaskan…?? Itu yg paling penting..

Okey… utk penghujung tahun ini, tanpa dirancang, Pada 28hb yg lalu, aku telah mengikut trip ke pulau mutiara, Pulau Pinang. Trip bukan la utk bercuti, tetapi membantu menjayakan satu program “BEHIND THE WALL” di Galeri Innovasi Dan RekaCipta , Pusat Seni , Universiti Sains Malaysia( USM ) Pulau Pinang. Program termasuk pameran lukisan dari artis2 dari Di Kala Jingga dan Forum Human Right And Art. Aku bersama member bertolak dari ibu kota sekitar 1 pagi. Aku menyahut cabaran pada diri sendiri dengan drive sepanjang perjalanan ke penang utk pengalaman pertama bersama kekasih KENARI. Alhamdulillah aku sampai dengan selamat di USM jam 4.30 pagi. Program bermula seawal 9 pagi dan berakhir sekitar 5 petang.








Setelah program selesai dengan jayanya, tiba2 muncul idea utk lepak di Batu Feringgi. Bak kata pepatah, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Pada cadangan awal, habis program, terus pulang ke KL.Utk lebih kesenangan, kami mencari tempat penginapan di Batu Feringgi. Kerana, senang utk berjalan di area Batu Feringgi pada waktu malam yg di ceritakan sangat happening. Bertambah satu hari aku berada Penang. Tepat dengan apa yg diperkatakan, waktu malam di sepanjang jalan Batu Feringgi meriah dengan peniaga dan pengunjung seperti di Petaling Street, KL. Harga teramat murah berbanding di Kuala Lumpur. Tapi sayang, bukan dalam perancangan utk bershopping di Batu Feringgi. Cuma berjalan mencuci mata dengan kehadiran ramai pelancong luar dan tidak kurang dengan penduduk tempatan yg di gelar anak mami. Aku hanya beli beberapa CD lagu utk menambah koleksi CD aku. Selepas itu kami melepak di restoran di tepi pantai. Utk menjamu selera..

hotel D'Feringghi





senja dan night market @Feringgi



Kami bertolak pulang pada pukul 11 pagi. Sebelum balik kami telah singgah di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam untuk melihat geleri di sana bagi menyambung siri jelajah pameran seni di penang sesudah tempoh pameran di USM yg berlangsung selama 1 bulan tamat. Selesai semua kerja di penang, kami terus pulang ke KL. Inilah penamat perjalanan aku utk tahun ini.. kalau tiada aral, tahun depan pengembaraan aku akan lagi jauh dari ini, oversea……
posted by JusticeGUY at 4:31:00 PM 1 comments