JUStice Station.

August 24, 2007

PERMATA dan KACA


belom terlambat Justice Station ingin mengucapkan Selamat menyambut hari aper tah nie.. tapi org ramai asyik melaung2kan MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!.. entah mereka2 itu faham sebetul2nya erti kemerdekaan yang sebenarnya.. ape yang diberitahu.. sekarang ini negara masih dijajah oleh pihak2 yg zalim, ketidakpedulian terhadap rakyat, kekayaan yg tidak sama rata agihanya dan banyak lagi keburukan yg ditimbulkan oleh penjajah zaman moden kini.. so sendiri penat, sendiri terhimpit.. inilah ketikanya untuk menyahut seruan "MASA UNTUK BERUBAH"... "TEGAKKAN PANJI2 KEADILAN"...

Perutusan Khas>>>>>>http://www.civicbuilder.net/~keadilan/index.php/content/view/202/1/

"merdeka dgn bermaruah"

PERMATA dan KACA

perkara yg ingin aku sampaikan buat masa ini.. PERMATA DAN KACA... apa yg kita sebagai seorang dewasa yg sudah ada akal dan fikiran, boleh membandingkan dgn senangnya diantara Permata dan Kaca.. disini akan dihuraikan sedikit apa itu permata. permata adalah sebutir zarah yang amat berharga, walaupon sebutir sahaja permata, akan dijaga dengan serapi yang mungkin. takut dicuri, hilang dan sebagainya.. Kaca pula adalah bahan yg seakan2 sama dengan permata dan ternyata ianya tiada nilai apa2 pon.. kaca hanya akan menjadi kaca..

apa yang ingin aku sampaikan disini adalah mengapa mentaliti kita biasanya, akan hanya memandang pada permata yang bernilai dibandingkan dengan kaca. permata yang satu itulah kita akan dijaga, memberi tempat yang cukup selamat, dan kita akan takut dan sedih jikalau permata berharga hilang, dicuri atau ghaib. sudah tentulah kita akan menjadi tidak keruan apabila barang yg amat bernilai atau amat penting buat kita, hilang sekelip mata.

tapi sedar atau tidak. kaca yg tiada nilai, yg kita biarkan, yg kita sia2kan.. apabila dikutip,dilonggokkan. seterusnya dibetuk menjadi suatu lambang/arca/simbol yg sudah tentunya untuk dikenang. kaca yg tiada nilai inilah yg akan menjadi kenagan yg terindah buat diri kita. kenagan yg tidak perlu dirisau akan kehilangannya, kerana ianya akan tersimpan didalam sanubari setiap insan yg menghargainya. APA yg perlu dirisaukan pada harta dibandingkan dengan kenangan yg ingin disampaikan oleh kaca tersebut.

kesimpulan yg hendak ditimbulkan disini adalah, walaupon kita ada permata yg amat berharga disekeliling kita, tunjukkan kepedulian kita pada masej yg ingin disampaikan oleh sebuah kaca, iaitu KENANGAN yg tiada nilai yg setimpal untuk disamakan.... permata sekadar permata. tetapi kacalah yg boleh menbahagiakan hidup kita.

"lebih banyak kedukan yg ditimbulkan oleh sebutir Permata, dibandingan sejuta kenangan yg ada pada sebuah kaca"

renungkan lah.. SEKIAN..

posted by JusticeGUY at 12:22:00 AM 0 comments

August 21, 2007

Preview WEB...

Salam justice buat semua...

judul lagu 7.7.7

Christine

inilah yg ingin aku sampaikan.. satu daripada clip video dari happyslip.. happyslip adalah satu website yg dibuat untuk memuatkan segala clip video,drama/opera. Dan apa yg menariknya adalah owner happyslip sendiri iaitu Christine dari NewYork. Bukan sebb dia cantik atau cun, tapi beliau boleh berlakon, menyanyi dan membuat segala berkenanaan shooting dan editing sendiri.. skrip dan arahan pun dilakukanya sendiri.. lagu2 yg disampaikan adalah sangat menarik, ada yg diolah dan ada yg dicipta sendiri.... Christine melakukan ini semua adalah sebagai hobi dan kepuasan hati beliau. Ini adalah langkah Christine untuk menjadikan happyslip sebuah cahnnel di youtube dengan tema 'one woman show' dan untuk menghiburkan sesiapa yg melayari youtube.... dan untuk melihat lebih lanjut berkenaan happyslip atau melihat lebih videolip dan drama sila layari :-

http://www.happyslip.com/

selamat terhibur, dari justice..

posted by JusticeGUY at 4:19:00 PM 0 comments

August 15, 2007

CINTA..CINTA..CINTA...

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

-------------------@@@@@@Tetapi@@@@@@-----------------------------

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA.

"Life without friendship is like the sky without sun"

Apabila nafsu dikuasai syaitan, insan menjadi haiwan dan jiwa mulai akan tertekan. Di sini teman diperlukan untuk berkongsi pengalaman, disini..
posted by JusticeGUY at 12:49:00 PM 1 comments

rupa baru..

salam...
aku masih tercari-cari satu tamplate yg sesuai dengan blog aku... tapi buat masa ini, aku akan menggunakan tamplate 'mata' ini. bila aku menggunakan tamplate 'mata' di blog aku, aku rasa amat tenang sekali.. aku harap teman-teman pun akan tenang semasa malayan blog aku ini. sudah banyak kali aku menukar tamplate, tak ada yang sesuai. dan bila ada template yg sesuai, tak boleh nak edit pula. tidak boleh nak tambah shoutbox, tambah itu dan in... so aku tak pakai laa tamplate yg amat menyusahkan.. so salam kembali ke dunia blog..

sekian
posted by JusticeGUY at 12:49:00 PM 0 comments