JUStice Station.
November 09, 2007
Justice: come back
salam cyber buat semua..
agak lama jugak untuk aku kembali update blog Justice Station ini. terlalu banyak perkara yg berlaku selama sebulan aku bercuti. AL-maklum.. agak sibuk dgn beberapa urusan2 dan program yg aku perlu hadiri. semuanya melibatkan 'justice'.
tapi agak teruja untuk aku cerita disini, mengenai sebuah trajedi yg aku lihat sendiri beberapa hari yg lalu. Kejadian ini,sedikit sebanyak tlh membuatkan aku terfikir dan terus berfikir mengenai apakah nilai sebuah NYAWA...

trajedi berdarah
tajuk agak gembaq, tapi terpulang kepada rakan2 menilai trajedi ini.. pada 06/11/2007 (8 malam)....kisah bermula semasa aku dalam perjalanan pulang dari berjumpa rakan di PJ. untuk pulang aku tlah melalui jalan Mines/serdang bagi mengelak membayar tol yg semakin lama kenaikan semakin tidak masuk akal... semasa aku menyusuri jalan di hadapan mines, sebuah kereta TOYOTA, bewarna kelabu (no plat BEG 2175)....APA yg membuatkan aku agak tertarik dengan kereta toyota itu adalah, semasa kereta sedang bergerak dalam arah yg sama dengan perjalanan aku, pintu kiri penumpang belakang sedang dibuka oleh seorang perempuan, sementara kereta tersebut dipandu oleh seorang pemuda. kalau tidak silap mereka berbangsa cina. kerana kejadian yg jarang2 berlaku secara live, aku terus memperlahankan kereta dan mengekori kereta TOYOTO tersebut dari arah belakang. tapi aku menggunakan lorong yg berbeza. perkara ini berlangsung kira2 3-4 kilometer, sehingga satu ketika, tiba2 perempuan tersebut terus melompat keluar dari perut kereta TOYOTA tersebut, sedikit terperanjat dan memang dalam hati, tlah menjangkakan perkara ini akan berlaku.. perempuan itu berguling beberapa kali diatas jalan raya SEDANGKAN kereta tersebut sedang bergerak dalam 70-80km/j. mujur aku tidak mengekori betul2 dibelakang kereta tersebut dan semasa kejadian jalanan agak lengang, tiada kereta di belakang mereka... aku meneruskan perjalanan di samping melihat cermin balakang, perempuan itu berjaya beralih ke bahu jalan dan kereta TOYOYA terus memberhentikan kereta.. nyawa perempuan itu masih panjang.. aku mengucap dan beristigfar kepada ALLAH dengan kejadian yg ku lihat sendiri dengan iziNYA..selepas itu aku tidak tahu aper yg berlaku, kerna perinsip hidup aku, "JANGAN CAMPURI URUSAN PERIBADI ORG LAIN". (melainkan benar2 memerlukan bantuan). aku pun terus pulang dengan seribu persoalan dan agak musykil dengan cara pemikiran seorang perempuan dalam menangani sesuatu situasi (maaf kalau ada yg tersinggung dengan ayat aku ini)
apa yg menjadi persoalan disini. mengapa kejadian itu boleh berlaku??... kenapa begitu nekad seorang perempuan melakukan aksi ngeri sebegitu rupa??.. dan mengapa bodoh seorang lelaki meneruskan perjalanan sedangkan nyawa menjadi pertaruhan si perempuan..??? akan ku kupas persoalan ini kemudian, sementara rakan2 boleh memberi respon dari kaca mata rakan2 dengan trajedi berdarah ini..
sekian..

posted by JusticeGUY at 4:36:00 AM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home