JUStice Station.

November 27, 2007

AL - FATIHAH

Budeiy.com : HUSSIEN ABU HASSAN


Dunia perfileman Melayu telah kehilangan satu lagi permata apabila pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Hussien Abu Hassan telah meninggal dunia sekitar jam 5 pagi tadi di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur. Beliau telah dirawat sejak 20 Ogos lalu akibat mengalami komplikasi buah pinggang.Beliau yang terkenal dengan watak laksamana Pasola di dalam filem Laksaman Do, Re, Mi meninggalkan balu seniwati Mahyon Ismail, 65, tiga orang anak Dilla (penulis skrip), 44, Fairuz (penyanyi), 42 dan Faizal (pelakon), 40 dan empat cucu hasil perkahwinan ketiga-tiga anak mereka - Natrah (Ayang), 24, Marlissa (12) dan Syarifudin (11) dan Fazryn, dua tahun.Jenazah beliau sudah ditempatkan di rumahnya di Gombak Setia dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota selepas Zuhur ini.


Belasungkawa

Allahyarham dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937 dan mula menceburi bidang lakonan sebagai watak sambilan dalam filem Sri Mersing pada 196.Ini diikuti dengan filem Tun Teja, Fajar Menyingsing, Air Mata Duyung, Siti Payung, Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi dan Loceng Maut.Beliau juga sering ditawarkan watak dalam filem luar negara seperti Muah (Hong Kong), International Trades, Crazy Pikoy Goes To Malaysia (Filipina) dan Bailey Big Deal (Australia). Lakonannya dalam filem arahan P. Ramlee menerusi Laksamana Do Re Mi terserlah menerusi watak Laksamana Pasola.Pada 1975, beliau menjadi pengarah melalui filem pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badul, Senja Merah, Gila-Gila Remaja, Kanta Serigala dan Bujang Selamat.Pada tahun lalu, Hussein menerima Anugerah Seniman Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005.- Sumber Mstar Online

from : WWW.BUDIEY.COM


AgendaDaily.com: SITI SALMAH JASNI


Penerima jantung dan paru-paru meninggal dunia Siti Salmah Jasni, 18, yang menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru serentak di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2 November lalu telah meninggal dunia pagi Selasa. Demikian yang dilaporkan oleh berita radio 1 RTM, tengahari ini. Pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor itu menghembuskan nafas terakhirnya yang menamatkan penderitaannya setelah menunggu hampir lima tahun untuk mendapatkan penderma jantung dan paru-paru. Keadaannya yang tidak menentu sejak menjalani pembedahan tersebut semakin kritikal apabila tiub pernafasannya yang dilaporkan dibuka pagi Isnin (semalam) terpaksa dipasang semula pada sebelah petangnya. Difahamkan, Siti Salmah terpaksa memakai semula tiub itu kerana organ barunya masih lagi belum kuat untuk bernafas sendiri. Gadis itu memerlukan organ jantung dan paru-paru kerana menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari yang tidak dapat disembuhkan. Penyakit itu mengakibatkan tekanan darah dalam paru-parunya terlalu tinggi hingga menyebabkan badannya sering letih dan mengalami kesukaran bernafas. Penyakit Hipertensi Pulmonari yang dihidapi Siti Salmah berada pada tahap empat yang memaksanya bergantung kepada tangki oksigen bagi membolehkan dia menjalani kehidupan seharian.


from : WWW.AGENDADAILY.COM
posted by JusticeGUY at 11:54:00 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home