JUStice Station.
September 27, 2007
WalkS For Justice

Hampir 2,000, kebanyakannya peguam, berarak ke pejabat Perdana Menteri hari ini menuntut siasatan bebas dakwaan berlakunya skandal dalam badan kehakiman, susulan terbongkarnya satu klip video minggu lepas.
Perarakan anjuran Majlis Peguam itu yang turut disertai aktivis, pemimpin pembangkang dan orang ramai bertujuan menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perarakan anjuran Majlis Peguam itu yang turut disertai aktivis, pemimpin pembangkang dan orang ramai bertujuan menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Memorandum setebal 12 muka surat menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman yang bebas, antaranya dengan memberikan suruhanjaya itu kuasa melantik hakim-hakim kanan, yang kini berada di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.
'Memorandum on the Setting Up of an Independent Judicial Commission' itu diserahkan oleh presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, kepada setiausaha politik perdana menteri Senator Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh tengah hari tadi.
Bercakap kepada media selepas penyerahan itu, S. Ambiga berkata beliau mengalu-alukan langkah kerajaan semalam untuk menubuhkan panel khas bagi menyiasat kesahihan klip video perbualan seorang peguam veteran, yang didakwa terlibat mengatur kenaikan pangkat seorang hakim kanan.
Namun, tambahnya, siasatan panel berkenaan hanyalah langkah pertama dan masih tidak mencukupi untuk memulihkan kembali tanggapan negatif masyarakat terhadap kewibawaan badan kehakiman.
"Saya tidak pasti apa terma-terma yang dirujuk (panel itu). Kami juga tidak tahu berapa besarkah ruang lintup siasatan itu," katanya.

"Kami ingin tunggu dan lihat berapa cepatkah mereka dapat keluarkan hasil siasatan itu."
Ambiga berkata, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap tiga anggota panel itu yang diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor. Panel itu turut dianggotai aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

Ketika berucap kepada peguam-peguam yang berkumpul di perkarangan Palace of Justice sebelum perarakan itu, beliau berkata: "Saya mengalu-alukan usaha berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu usaha positif di landasan yang betul. Saya mengalu-alukan kerana mereka telah mengakui bahawa wujud satu masalah (dalam badan kehakiman). "Tetapi tentulah suruhanjaya siasatan diraja adalah pilihan yang lebih baik, dan itulah yang termaktub dalam memorandum kita, tetapi itu tidak bermaksud kita tidak menyokong usaha yang dijalankan oleh kerajaan kerana mereka telah menubuhkannya.
"Kita tidak berarak hari ini kerana satu klip video. Kita berarak untuk keadilan. Kita berarak kerana kita mahu reformasi dalam badan kehakiman."
Kira-kira jam 12 tengahari, kumpulan berkenaan kemudiannya mula bergerak di sepanjang persiaran menghala ke pejabat Perdana Menteri sambil meneriakkan slogan "kami mahu keadilan".
-(titipan Mstar online)
-(photo dari KLpost)
posted by JusticeGUY at 12:13:00 AM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home