JUStice Station.
September 14, 2007
Keganasan Kerajaan Dan Polis Ibarat Zionis di Palestin - 'anwaribrahimblog'
Polis dan kerajaan Malaysia percaya bahawa kuasa boleh dikekalkan dengan keganasan.
Usaha mereka untuk membentuk negara polis bertujuan menghalang rakyat Malaysia dari mendapatkan kebenaran mengenai ketidakadilan, kerakusan dan rasuah yang berleluasa di setiap peringkat kerajaan Barisan Nasional.
Usaha mereka untuk membentuk negara polis bertujuan menghalang rakyat Malaysia dari mendapatkan kebenaran mengenai ketidakadilan, kerakusan dan rasuah yang berleluasa di setiap peringkat kerajaan Barisan Nasional.
Tindakan yang ganas dengan menembak rakyat dengan meriam air, gas pemedih mata dan peluru hidup sama sekali tidak akan menakutkan kita daripada menyebarkan kebenaran secara aman. Komitmen kita terhadap perjuangan secara aman tidak pernah luntur.
"Pelakon Lelaki Terbaik"Tiada bukti yang dikemukakan bahawa pembangkang bertindak ganas. Tuduhan bahawa rakyat biasa membawa bom petrol kepada suatu program penerangan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) adalah tidak munasabah sama sekali.
Jika terdapat pun bukti tersebut, tindakan kerajaan yang menggunakan peluru hidup menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menghadamkan dengan baik strategi Zionis dalam menindas dengan kejam rakyat Palestin.
Kerajaan begitu gusar rakyat dengan bertindak menzalimi mereka sebegini rupa, tidak mungkin boleh berterusan memegang amanah rakyat Malaysia.
"mangsa peluru hidup"'
Kerajaan sengaja merancang kejadian ini untuk berlaku menjelang Ramadhan, di mana Muslimin dan Muslimat sepatutnya menumpukan kepada pembersihan jiwa & rohani. Usaha media arus perdana untuk memutarbelitkan kejadian ini menunjukkan lagi ‘kesudian’ mereka untuk menjadi alat perkakas kerajaan yang bankrap moral.
Perkara ini juga muncul pada masa yang sama dengan pendedahan Laporan Audit Negara 2006 . Fokus rakyat sekarang dialihkan daripada kemarahan yang membuak di atas penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat kepada kejadian di Terengganu.
Peranan kerajaan Terengganu dalam percubaan untuk menyekat aliran kebenaran juga dengan jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang berpotensi besar untuk menawan negeri Terengganu.
KeADILan tidak akan lelah hatta sesaat pun dalam usaha menyebarkan mesej kebenaran dan keadilan serta mendedahkan segala kebobrokan dalam kerajaan Barisan Nasional.
KeADILan tidak akan lelah hatta sesaat pun dalam usaha menyebarkan mesej kebenaran dan keadilan serta mendedahkan segala kebobrokan dalam kerajaan Barisan Nasional.
-ANWAR IBRAHIM
p/s : untuk membaca semua isu-isu yg diketegahkan oleh BAPA REFORMASI Malaysia,
sila layari >>>>>> http://anwaribrahimblog.com/
posted by JusticeGUY at 12:46:00 AM


0 Comments:
Post a Comment
<< Home