JUStice Station.

July 26, 2007

Preview Filem

Filem "KAYANGAN"

"kayangan"

mampukan cinta membawa kesana inilah tagline pada filem kayangan. Filem terbitan Raden Picture Sdn Bhd. dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd dengan ilham/idea dari Y.M Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman. Cetusan idea ini telah direalisasikan dalam sebuah skrip, dan tugas penting ini telah dipikul bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Noor Bazura Baharuddin. Filem arahan Y.M Raja Ahmad Alauddin ini mengisahkan, JIKA kehidupan kita yang jauh berbeza kedudukan dan pangkat, Adakah cinta dapat menepis segalanya atau mungkin sebab cinta itu BUTA. Tengku Amir(teuku zacky) seorang anak raja yang sekarang mengambil alih syarikat keluarganya telah dipertemukan dengan Maseira(nur fazura) di kampung halaman Maseira secara tidak disangka-sangka. Maseira adalah seorang graduan univerisiti yang sedang mencari pekerjaan. Dalam pertemuan singkat itu, Tengku Amir telah menawarkan satu jawatan di syarikatnya. Masiera menerima tawaran kerja itu dengan hati yang berat disebabkan idealismenya sendiri yg tak boleh menerima kehidupan metropolitan. Bermula la kehidupan Maseira sebagai seorang pembantu kepada Tengku amir dan mencari rentak untuk membiasakan diri mengharungi kepesatan dan kemodenan kehidupan di Kuala Lumpur. Perubahan demi perubahan pada diri Maseira telah membuatkan Tengku Amir mula jatuh hati padanya, tetapi mereka terpaksa menyembunyikan perasaan cinta mereka disebabkan oleh konflik dalaman mereka sendiri. Dapatkah mereka lepas dari konflik percintaan mereka sendiri dan di mana letaknya“kayangan” dalam filem ini .. tontoni kesudahan Filem kayangan di panggung…………

"masiera & tengku amir"



"adegan melucukan"

filem ini mengandungi adengan mencemaskan, konflik tempat kerja, dan ada kalanya pengarah menyelitkan adegan lucu yg dibintangi opie zami dan dee(jangan ketawa). Filem ini turut dibintangi Razali Hussin, Dynaz Mokhtar(dynaz), Siti Shahrizah(eja). Nazril Idrus, Julia Ziegler dan Bienda. Dalam filem ini juga turut menampilkan Ziela Jalil,Mustapha Kamal, Jalil Hamid, Ahmad Busu dan Louisa Chong.

Dalam penghasilan sesebuah filem tidak cukup puas rasanya kalau tidak ada runut bunyi. Raden Picture sdn bhd tidak melepaskan peluang ini dengan menghasilkan album ‘kayangan the soundtrack’. Beberapa artis terkemuka seperti ajai, siti nurhaliza, siti sarah dan penampilan istimewa iaitu Y.M Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman sendiri menyampaikan lagu kayagan berduet dengan ajai. dan beberapa buah lagu dicipta oleh ajai sendiri Untuk info lanjut sila layari”www.kayangan.com.my”

Adakah taraf kehidupan menjadi halangan? Atau mampukan cinta membawa ke”sana”? terbanglah ke alam “kayangan” bermula 9 ogos 007. di pawagam-pawagam berhambiran.
posted by JusticeGUY at 11:59:00 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home